Mi-Voice MIC News

Perasmian Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022

YAB Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri telah merasmikan Inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia 2022 yang merupakan program bersama antara Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Kewangan.

Seperti yang telah YB Datuk Seri M.Saravanan membincang bersama Menteri Kewangan, YB Senator Datuk Seri Utama Tengku Zafrul bagi menyediakan ‘Job Guarantee’, Inisiatif Jamin Kerja Keluarga 2022 yang dilaksanakan oleh KSM menerusi PERKESO mensasarkan lebih 300,000 individu bagi penempatan pekerjaan. Selain itu, inisiatif Upskilling antara MOF dan KSM yang diterajui oleh HRD Corp, terus menyediakan latihan dan penempatan pekerjaan. Kerajaan terus komited bagi menjana ekonomi dengan menyediakan peluang pekerjaan buat seluruh ahli Keluarga Malaysia.

Pada November 2021, Jabatan Perangkaan telah melaporkan penurunan kadar pengangguran kepada 4.3%. Ini merupakan hasil usaha Kementerian Sumber Manusia bagi memulih dan menjana semula ekonomi Malaysia. Semoga inisiatif-inisiatif ini menjadi pemangkin kepada kemapanan ekonomi.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment