MIC Youth

TAKLIMAT PRN JOHOR BERSAMA DENGAN PEMUDA-PEMUDA MIC BAHAGIAN JOHOR

YB Raven Kumar Krishnasamy selaku Ketua Pemuda MIC Kebangsaan telah mempengerusikan perjumpaan Jawatankuasa Pengurusan Pemuda MIC Kebangsaan bersama Pemuda-Pemuda MIC Zone D di Johor (Pemuda MIC Bahagian Kluang, Ayer Hitam, Batu Pahat, Semborong, Mersing, Parit Sulong, Sri Gading) untuk mendapatkan maklum balas dan berkongsi idea berhubung gerak kerja Pemuda MIC sempena Pilihan Raya Negeri Johor.

Saudara Andrew David selaku Timbalan Ketua Pemuda MIC Kebangsaan merangkap Ketua Briged Pemuda MIC Kebangsaan pula telah memberi taklimat berkaitan pelancaran Briged MIC yang akan diadakan pada terdekat kepada kepimpinan Pemuda MIC Bahagian terbabit.

Turut Hadir, Satheesh, Ketua Pemuda MIC Johor, En.Kumaran, Ketua Bahagian Parit Sulong, En.Sujetharan, Ketua Bahagian Ayer Hitam & Ahli-Ahli Majlis Tertinggi Pemuda MIC Kebangsaan.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment