MIC Women

Mesyuarat Penyelarasan JR PRN Johor Wanita MIC Kebangsaan

Mesyuarat Penyelarasan JR PRN Johor Wanita MIC Kebangsaan bersama Dato Mohana Muniandy, Ketua Wanita MIC Kebangsaan telah berlangsung pada pukul 9.00 malam secara atas talian.

Majlis ini dihadiri ahli-ahli Majlis Tertinggi Wanita MIC Kebangsaan, Ketua Wanita MIC Negeri Johor, Pn. Saraswathy, Ketua – Ketua Bahagian dan Ketua-ketua Wanita Bahagian dari Johor.

Agenda utama mesyuarat ini adalah mengenai perkembangan terkini bancian di Johor dan pelan penyelarasan “team” JR dari Wanita MIC Kebangsaan mulai Rabu ini.

Dato’ Mohana Muniandy juga mengingatkan semua hadiran perlu terus memainkan peranan aktif dan telus semasa membuat bancian.

Terima kasih kepada semua pemimpin-pemimpin yang hadir dalam mesyuarat ini.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment