Mi-Voice MIC News

Sambutan Hari Pongal di Hulu Selangor

Sambutan Hari Pongal Keluarga Malaysia Wanita MIC Hulu Selangor diadakan di perkarangan Kuil Arulmigu Sri Thandayuthabani Kampung Kandaiah Rasa.

Perayaan hari pongal disambut bagi menghargai alam semula jadi dan usaha petani yang membantu kelangsungan hidup manusia.

Di Rasa, Hulu Selangor pula wanita-wania tempatan telah menyambut hari pongal dengan meriah.

YB Senator Datuk T. Mohan dalam ucapannya meminta semua ibu-ibu yang hadir sambutan hari pongal untuk berfokus dan berusaha memperkasakan pendidikan anak-anak bagi mengubah taraf hidup keluarga masing-masing.

Di penghujung sambutan Pongal, Datuk T. Mohan menyampaikan beg sekolah kepada pelajar dan cenderahati kepada semua peserta dan sukarelawan.

Tuan Balasundaram, Ketua Bahagian MIC dan semua pemimpin sekitar turut hadir bersama.