MIC Youth

Hasrat Anak Muda Johor tercapai di Negeri Johor – YB Raven Kumar, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan

Banyak kumpulan Undi18 yang meragukan pendirian Kerajaan Negeri Johor pada tahun lalu namun pada hari ini hasrat anak muda Johor tercapai apabila pindaan kelayakan umur calon pilihan raya diturunkan daripada 21 kepada 18 tahun yang bakal mencorak lanskap politik baharu di negeri Johor.

Seramai 706,082 anak muda di Johor dapat menyuarakan hasrat mereka secara demokratik. Penambahan hampir 40 peratus dalam pengundi baru ini dibentangkan oleh Menteri Besar Datuk Husni Mohammad yang kemudian diluluskan sebulat suara oleh DUN.

Semasa perbahasan, saya telah membawa usul agar calon-calon yang berumur 18 tahun yang diangkat sebagai wakil rakyat mendapat perhatian istimewa dari segi setelah berkhidmat atas dasar garis masa am seorang siswazah akan tergugat dan memberi mereka peluang untuk meneruskan pembelajaran mereka selepas berkhidmat atau semasa berkhidmat.

Saya juga ingin mencadangkan agar sekolah dapat mengadakan sesi atau silibus pembelajaran yang dapat memberi pencerahan atas sistem politik dan pentadbiran negara agar mereka dapat menjadi seorang pengundi yang rational dan bukan pengundi yang emotional.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment