MIC Youth

Pemuda MIC menyambut baik janji Perdana Menteri

Pemuda MIC menyambut baik janji Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa suara anak muda akan didengari dan diberi kepentingan di dalam agenda pemulihan negara.

Keterbukaan beliau mempelawa parti-parti pembangkang untuk bekerjasama dengan penglibatan di dalam Majlis Pemulihan Negara (MPN) dan Jawatankuasa Khas Covid-19 jelas mencerminkan visi beliau melaksanakan agenda pemulihan negara secara inklusif dan tanpa unsur politik.

Inilah masanya bagi kita bersatu, tidak lagi berselisih dengan fahaman dan ideologi politik tatkala negara dibelenggu impak sosio ekonomi akibat pandemik Covid-19.

Kami sebagai salah satu tunjang Keluarga Malaysia sentiasa bersedia melaksanakan yang terbaik demi negara dan rakyat.

Thinalan T Rajagopalu
Ketua Pemuda MIC Kebangsaan

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment