Mi-Voice MIC News

PM umum pengeluaran KWSP, peruntukan khas kepada KKM dan kerajaan negeri

KUALA LUMPUR, Mac 23: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi mengumumkan inisiatif-inisiatif kerajaan bagi menangani penularan wabak Covid-19 serta membantu rakyat yang terjejas di dalam siaran langsung sidang media beliau.

Antara langkah-langkah yang diumumkan beliau:

1) Pengurangan caruman sebanyak 4%, berkuatkuasa April 2020, beri lebih wang kepada pencarum untuk memberi barang keperluan harian.

2) Majlis Tindakan Ekonomi putuskan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion. Ahli KWSP bawah 55 tahun boleh keluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan

3) Kerajaan setuju salur RM100 juta kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk pelantikan 2,000 kakitangan hospital baharu secara kontrak, terutamanya jururawat.

4) Kerajaan setuju salur RM500 juta kepada KKM untuk beli keperluan perubatan seperti PPE, ventilator, serta keperluan makmal untuk COVID-19. Untuk menyegerakan pembelian barangan kritikal, kerajaan telah meluluskan tatacara perolehan secara darurat.

5) Kerajaan setuju salur RM130 juta kepada negeri bagi membantu kerajaan negeri menangani COVID-19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, serta petugas kerajaan negeri

6) Kerajaan setuju lanjutkan penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan, melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020.

Tan Sri Muhyiddin turut berkata beliau akan mengumumkan inisiatif-inisiatif komprehensif bagi membantu pemulihan negara dan rakyat yang terjejas akibat Covid-19 pada 30 Mac 2020, minggu hadapan.

https://www.thesentral.my/2020/03/23/pm-umum-pengeluaran-kwsp-peruntukan-khas-kepada-kkm-dan-kerajaan-negeri/