Mi-Voice MIC News

Wisma Putra sedia bantu rakyat Malaysia yang terkandas di India, kata Hishammuddin

KUALA LUMPUR, Mac 18: Menteri Luar Dato’ Seri Hishammuddin Hussein hari ini menzahirkan kesediaan kerajaan Malaysia bagi membantu rakyat Malaysia yang terkandas di India berikutan keputusan kerajaan India bagi membatalkan penerbangan luar di dalam usaha membendung wabak Covid-19.

“Saya ambil maklum ramai rakyat Malaysia terkandas dan hadapi masalah untuk dapatkan penerbangan pulang dari India susulan keputusan Kerajaan India berkaitan #Covid19. Sebuah video yang tular di Media Sosial menunjukkan seorang pegawai daripada pihak berkuasa India mengatakan ini keputusan Kerajaan Malaysia adalah tidak benar. Di bawah #PerintahKawalanPergerakan, sememangnya rakyat kita dibenar pulang ke tanah air. Mereka hanya dikehendaki menjalani pemeriksaan kesihatan dan melakukan kuarantin secara sukarela (self quarantine) selama 14 hari selepas pulang,” kata Hishammuddin melalui kenyataan laman Facebook beliau.

“Diharapkan mereka yang terkandas bertenang. Walaupun, ini di luar bidang kuasa kita kerana perlu bergantung kepada budi bicara Kerajaan luar untuk memberi kebenaran kepada rakyat kita pulang, Wisma Putra akan bantu yang terdaya. Kita telah berhubung dengan Perwakilan Malaysia di sana. Taskforce #Covid19 Wisma Putra juga sedang meneliti usaha yang boleh membantu untuk mencari penyelesaian bagi mereka yang ingin pulang ke Malaysia,” tambah Hishammuddin lagi.

MIC membantu usaha penyelesaian

Hishammuddin turut berkata Kepimpinan tertinggi Malaysian Indian Congress (MIC) telah menghubungi saya dan berikrar untuk bantu secara langsung bagi menyelesaikan isu tersebut, di samping memastikan kebajikan dan keselamatan rakyat Malaysia yang terkandas.

https://www.thesentral.my/2020/03/18/wisma-putra-sedia-bantu-rakyat-malaysia-yang-terkandas-di-india-kata-hishammuddin/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment