Mi-Voice MIC News

Pelaksanaan Pindaan Akta Kerja 1955, bukti perjuangan Saravanan untuk rakyat

KUALA LUMPUR, Dec 24 — Perjuangan bekas Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dalam kerajaan terdahulu tidak terhenti begitu saja apabila Penguatkuasaan Pindaan Akta Kerja 1955 yang tertangguh sebelum ini tetap dilaksanakan dalam Kerajaan Perpaduan yang dibentuk baru-baru ini.

Pengumuman yang dibuat Menteri Sumber Manusia yang baru, V Sivakumar untuk meneruskan pindaan itu turut membuktikan pentadbiran Saravanan dalam kementerian itu sebelum ini cukup membanggakan.

Penguatkuasaan pindaan yang bakal dilaksanakan bermula 1 Januari 2023 itu mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada golongan pekerja tetapi juga terhadap perkembangan dan pemulihan ekonomi negara secara holistik.

Antara pindaan utama yang diluluskan ketika sesi palimen Mac 2022 termasuk lanjutan cuti bersalin dari 60 hari kepada 98 hari, sekatann terhadap pemberhentian pekerja yang mengandung serta cuti bersalin kepada pekerja lelaki yang telah berkahwin.

Sejak pindaan diluluskan oleh Parlimen, ia menerima perkenan Agong pada 26 April dan diwartakan pada 10 Mei lalu.

Pada masa sama, seramai 2.9 juta golongan suri rumah dijangka memperoleh manfaat pelaksanaan Skim Keselamatan Sosial Suri Rumah (SKSSR) menerusi Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) pada tahun hadapan.

SKSSR antara inisiatif terbaik dilaksanakan oleh kerajaan bagi menghargai golongan suri rumah yang melakukan kerja-kerja rumah tanpa gaji tetapi sebenarnya mempunyai nilai ekonomi.

Saravanan juga menjadi individu yang membentang Rang Undang-Undang Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 di Parlimen bertujuan mengadakan peruntukan bagi keselamatan sosial kepada suri rumah berinsurans dalam bentuk faedah tertentu, meningkatkan kesihatan, keselamatan, kebajikan dan kesejahteraan suri rumah.

Suri rumah yang mencarum menerusi skim itu berhak mendapat faedah hilang upaya seperti faedah perubatan, faedah hilang upaya kekal elaun layanan sentiasa, pencen penakat dan faedah pengurusan mayat.

Suri rumah berinsurans atau orang tanggungannya juga berhak kepada faedah keilatan iaitu elaun keuzuran, elaun layanan, pencen penakat serta faedah pengurusan mayat.

RUU itu antara lain mencadangkan amaun maksimum bagi faedah hilang upaya kekal RM 30,000 dibayar dalam suatu tempoh caruman suri rumah terbabit.

Lebih ramai wanita digesa mendaftar dalam skim SKSSR bagi menerima perlindungan terhadap sebarang musibah yang mungkin menimpa mereka semasa menjalankan tugasan domestik.

Sivakumar secara tidak langsung memperakui usaha dan perjuangan Saravanan mengendalikan kementerian itu sebelum ini yang bermatlamat menjadikan Malaysia negara yang mampu bersaing dengan negara luar dalam sektor pekerjaan.

Terima kasih Sivakumar kerana meneruskan perjuangan dan legasi Saravanan. Semoga segala inisiatif yang dilaksanakan mampu membawa Malaysia ke arah negara maju sekali gus memenuhi agenda Kerajaan Perpaduan untuk menaikkan taraf hidup rakyat.

https://xklusif.my/detail/3341

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment