MIC Putera

KEABSAHAN SEKOLAH VERNAKULAR DI SISI PERLEMBAGAAN

  1. TERBUKTI Sekolah Vernakular menepati Perlembagaan Negara. Kewujudan kira-kira 1800 buah sekolah yang menampung kurang lebih 500, 000 pelajar SAH dan BERPERLEMBAGAAN.
  2. Putera MIC menyambut baik keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman mencabar kewujudan Sekolah Vernakular sekaligus memberi kefahaman kepada umum bahawa deklarasi dibawah Seksyen 2, 17 dan 28 Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), yang membenarkan penggunaan Bahasa Mandarin dan Tamil sebagai bahasa perantaraan utama di Sekolah Vernakular adalah TIDAK bercanggah dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan.
  3. Sebagai Keluarga Malaysia yang hidup berbilang agama, bangsa, kaum, etnik dan budaya. Perpaduan yang telah digarap, dibina dan menjadi asas pegangan sekian lamanya perlu kita rakyat Malaysia sanjungi dan hormati. Usah membangkitkan sentimen perkauman dalam soal persekolahan anak-anak Malaysia.
  4. Sedang tular beberapa pandangan “tidak bertanggungjawab” diarus media sosial berkenaan keputusan Mahkamah Tinggi hari ini. Hal ini bukan sahaja boleh mencemar imej Mahkamah Tinggi tetapi Putera MIC melihat ianya seolah-olah strategi yang diatur dalam membangkitkan amarah perkauman. Tanggungjawab kita untuk hentikan virus epidemik ini bersama.
  5. Seharusnya fokus diberi dalam memperkasa sistem Pendidikan Negara, bagaimana kaedah yang boleh diambil dalam mengadaptasi perubahan kearah pendigitalan dan mempersiap anak-anak Malaysia mendepani Revolusi Industri, juga dalam menghadapi cabaran pasca Covid-19.
  6. Putera MIC komited dalam memperjuang agenda pemerkasaan pendidikan, ekonomi Rakyat dan menolak sekeras-kerasnya agenda perpecahan yang bersifat ekstrimis perkauman selaras dengan aspirasi perjuangan YBhg Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC & seluruh barisan pimpinan MIC.

Ayuh Bina Semula Negara Bersama Keluarga Malaysia.

Sekian.
Putera MIC Kebangsaan