Persidangan MIC Negeri Sembilan yang Ke-78 telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri M. Saravanan Timbalan Presiden MIC mewakili Tan Sri Dato Sri Dr. SA Vigneswaran, Presiden MIC.
Bukan disebabkan kekecewaan dan kepentingan individu tertentu tertubuhnya sesuatu parti tetapi MIC ditubuhkan atas dasar memperjuangkan jati diri bangsa. Terima kasih diucapkan kepada YBhg Dato VS Mogan, Pengerusi MIC Negeri Sembilan serta jawatankuasa penganjur persidangan yang telah bertungkus lumus menjayakan persidangan pada kali ini.
Turut hadir bersama YBhg Datuk M.Asojan, Naib Presiden MIC, YBhg Dato’ T.Murugiah, Naib Presiden MIC, YBhg Senator Dato’ Dr R.Nelson, Naib Presiden MIC merangkap Ahli Dewan Negara, YBhg Dato Dr S.Ananthan, Setiausaha Agung MIC, YBhg Tan Sri Ramasamy, Bendahari Agung MIC merangkap Pengerusi MIC Negeri Perak, YBhg Tuan Thinalan, Ketua Penerangan MIC, YBhg Dato Muniandy, Setiausaha Organisasi MIC, YBhg Datuk Dr A.T.Kumararajah, Setiausaha Eksekutif MIC, Dr Tanaletchumy, Timbalan Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Saudara Satesh Kumar, Ketua Putera MIC Kebangsaan serta Barisan Kepimpinan MIC Pusat dan Negeri Negeri Sembilan.