Mi-Voice MIC News

PRU15: Saingan 7 penjuru di Chenderiang, lagi mudah untuk BN menang – Saravanan

TAPAH: Calon Barisan Nasional (BN) Tapah, Datuk Seri M Saravanan yakin akan berjaya mempertahankan kerusi itu yang dimenangi sejak 2008 pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, ia berdasarkan reaksi positif dalam kalangan rakyat setempat terhadap semua calon BN di dalam kawasan berkenaan sepanjang tempoh berkempen.

Malah katanya, beliau yakin kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chenderiang yang merupakan salah satu DUN di bawah Parlimen Tapah dapat dirampas semula oleh BN walaupun berhadapan saingan tujuh penjuru.

“(Tujuh penjuru itu) lagi senang untuk kita menang. Kerana saya mahu semua orang faham bahawa pecahan-pecahan penjuru itu sebahagian besarnya adalah daripada pihak yang sama menentang kita pada PRU14.

“Daripada Pakatan Harapan (PH), mereka berpecah kepada Perikatan Nasional (PN), Pejuang dan Warisan. Mereka ini dahulu satu kumpulan menentang kita namun kini telah kembali sebagai parti-parti yang berlainan.
“Mungkin kalau selepas ini, sekiranya mereka menang mungkin DAP dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang akan berpecah pula,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Surat Tawaran Program Latihan Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) di sini pada Rabu.

https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-saingan-7-penjuru-di-chenderiang-lagi-mudah-untuk-bn-menang-saravanan-391871?amp=1

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment