Mi-Voice MIC News

Semua kena all out untuk pastikan MIC menang besar – Presiden

KUALA LUMPUR – Ada kemungkinan MIC mendapat jawatan dua menteri dan empat Timbalan Menteri seandainya Barisan Nasional (BN) menang besar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran berkata, perkara ini hanya menjadi realiti sekiranya parti itu bekerja keras memenangi kesemua 29 kerusi tradisi yang ditandingi iaitu sembilan kerusi Parlimen dan 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) kali ini.

“Undi masyarakat India perlu kembali kepada BN, untuk itu hanya MIC sahaja mampu lakukan. Saya mohon kepada anda (perwakilan) semua supaya ‘all out’ bagi memastikan kita menang besar, menang Putrajaya walaupapaun.

“Tolonglah mulakan kempen anda, jangan tunggu-tunggu lagi. Cukup-cukuplah masyarakat kita disisih, ditindas dan diperbodohkan dengan janji bulan bintang oleh pihak yang satu lagi sebelum ini. Tidak ada apa-apa. Tolong fahamkan mereka hanya MIC sahaja mampu membela nasib masyarakat India kita, tidak ada yang lain.

“Hanya jika kita menang, kita boleh berterusan melakukan semua yang dijanjikan oleh Pakatan Harapan (PH). Tolonglah gunakan mantra ‘BN PUTRAJAYA’ sepanjang masa supaya kita menang besar,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Agung MIC ke-76 hari ini.

Untuk makluman, ketika ini MIC mempunyai satu jawatan Menteri yang di sandang oleh Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M Saravanan yang merupakan Menteri Sumber Manusia.

Dalam pada itu, kata Vigneswaran lagi, walaupun ketika Pakatan Harapan (PH) memerintah, mereka melantik empat menteri namun selama 22 bulan tidak ada apa-apa yang dilakukan oleh mereka.

“Dulu PH ada empat menteri kononnya untuk membela nasib masyarakat India di negara ini, apa yang mereka buat selama 22 bulan memerintah negara? Tapi kita ada satu sahaja menteri ketika ini tapi semuanya dilakukan dengan komited dalam memperkasakan kaum kita selama ini.

“Sudah tiba untuk kita ubah, ubahlah kepada BN. Hanya BN sahaja. Janganlah anda semua semangat dalam dewan ini tetapi bila pulang, sambung tidur.

“Tolonglah bangkit bukan sahaja dengan semangat sebaliknya perasaan untuk terus membela nasib kaum kita, berikan mandat kepada BN,” tegasnya. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/10/10/semua-kena-all-out-untuk-pastikan-mic-menang-besar-presiden/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment