Mi-Voice MIC News

HENTIKAN SANDIWARA POLITIK DAN BAWA USUL UNTUK KEMBALIKAN KUASA RAJA-RAJA MELAYU!

  1. Saya sangka YB Datuk Seri Khaled Nordin telah salah faham dengan kenyataan saya yang bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu.
  2. Sebagai seorang pengamal undang-undang dan mantan Yang Di-Pertua Dewan Negara, ia menjadi tanggungjawab saya untuk memastikan keluhuran perlembagaan & kedaulatan undang-undang sentiasa terpelihara.
  3. Saya sentiasa menumpahkan sepenuh taat setia saya kepada kepimpinan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong malah saya antara yang pertama memberi kenyataan untuk mengembalikan Kuasa Raja-Raja Melayu.
  4. Niat murni saya adalah untuk memastikan tindakan-tindakan yang diambil haruslah selaras dengan perkara-perkara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan. “The Rule of Law must prevail!”
  5. Hari ini seorang lagi pengamal undang-undang telah memberi kenyataan secara terperinci tindakan-tindakan yang diambil adalah mengikut lunas undang-undang.
  6. Mungkin saya disifatkan sebagai ‘tidak cerdik’ apabila saya cuba menerangkan dalam bahasa biasa. Oleh yang demikian, saya menjemput rakan saya yang ‘lebih arif’, YB Datuk Seri Khaled Nordin, jika beliau memahami, untuk cuba membantah fakta-fakta yang telah diutarakan dalam kenyataan tersebut .
  7. Sekali lagi, saya ingin menegaskan di sini bahawa jika kita betul-betul serius untuk mempertahankan kuasa Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong maka bawalah usul untuk kembalikan kuasa Raja-Raja Melayu dan bukannya hanya bersandiwara! Daulat Tuanku!

Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran
Presiden MIC
Mantan Speaker, Dewan Negara Malaysia

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment