Tatkala rakyat terus terpaksa berdepan dengan pelbagai dugaan dan cabaran akibat Pandemik COVID – 19, pemimpin – pemimpin kita patutnya memberi tumpuan pada usaha menjaga rakyat, bukannya bertikam lidah sama ada Thaipusam perlu disambut atau tidak.
Ramai yang hilang pendapatan. Ramai yang kelaparan.
Patutnya sepenuh tumpuan kita diberikan pada kerja-kerja membantu rakyat menyelesaikan isu yang dihadapi rakyat, bukannya seperti Menteri Besar Kedah yang sekali lagi bertindak “kurang sensitif” dengan menyentuh soal cuti Perayaan Thaipusam.
Thaipusam adalah perayaan keagamaan untuk Masyarakat India yang beragama Hindu. Tidak pernah dan malah, tidak perlu pun sebenarnya timbul sebarang persoalan sama ada perlu cuti atau tidak untuk Thaipusam.
“It’s totally unnecessary”. Semua ini akan jika tidak diurus dengan sebaik mungkin, rakyat akan terus berpecah belah dan bermusuhan antara satu sama lain disebabkan tindakan yang tidak bertanggung jawab seperti ini.
Adakah itu yang dimahukan oleh Menteri Besar Kedah? Saya kurang pasti.
Mungkin, Menteri Besar tidak dinasihati sebaik mungkin oleh Pegawai Hal. Ehwal Masyarakat India dari partinya sendiri atau memang beliau sengaja hendak mencari masalah. Tetapi yang saya pasti, Kedah mempunyai banyak masalah yang perlu diberi tumpuan segera oleh Kerajaan Negeri berbanding dengan persoalan perlu cuti atau tidak untuk Thaipusam.
Sepanjang pemerintahan Barisan Nasional, tak pernah pun timbul persoalan sebegini. Sewaktu Pakatan Harapan memerintah pun tidak pernah timbul sebarang persoalan sebegini.
Mengapa perlu timbul sekarang? Saya harap Menteri Besar Kedah ini sedar yang rakyat Malaysia sudah sekian lama hidup aman dan damai. Mungkin ada satu atau dua insiden terperincil, tapi, secara keseluruhanya Malaysia mempunyai rakyat berbilang kaum, budaya dan agama yang hidup saling hormat menghormati antara satu lain.
Saya sangat kecewa melihat tindakan Menteri Besar yang langsung tidak mencerminkan sifat mahupun ciri-ciri yang sepatutnya dimiliki oleh seseorang yang bergelar Menteri Besar.
Tidak perlu juga untuk Menteri Besar Kedah ini cuba menakutkan orang dengan menyamakan MIC dengan DAP, konon MIC, “mengikut rentak DAP dalam memperjuangkan perkauman”. Jika tindakan kamu tidak menghormati Masyarakat India, MIC akan tetap bersuara.
Saya berharap kepimpinan tertinggi PAS Pusat akan segara berbuat sesuatu untuk HENTIKAN sama sekali tindakan – tindakan yang tak wajar dan tidak produktif sebegini dari Menteri Besar Kedah.
Kebanyakan pimpinan PAS yang saya tahu pun tidak sokong atau bersependapat dengan cara Menteri Besar Kedah.
Semakin hari, semakin saya yakin bahawa kita perlu mengangkat semula Gagasan 1 Malaysia yang pernah didukung oleh BN dan MN.
BN, MN atau mana-mana gagasan politik yang mahu memerintah Malaysia perlulah menjamin kepelbagaian yang menjadi asas kekuatan kita dan menjadi gagasan politik untuk semua.
Add Comment