MIC Women

SYABAS DAN TAHNIAH WANITA MIC!!
இனிய வாழ்த்துகள்

Kuala Lumpur, 6 September 2020. Tahniah! Diucapkan kepada semua Ketua – Ketua Wanita Bahagian MIC di semua negeri yang telah selesai menjalankan dengan jayanya Persidangan Perwakilan Wanita Bahagian dan Mesyuarat Agung Tahunan 2019/2020 sepanjang bulan Ogos 2020 ini. Semua Ketua – ketua Wanita Bahagian bersama ketua – ketua wanita cawangan serta ahli – ahli wanita bahagian telah menjayakan persidangan masing – masing dengan penuh dedikasi, kewibawaan, keyakinan dan kemeriahan. Kemeriahan ini jelas memaparkan sifat persefahaman, bekerjasama, bersatu hati dan rasa kasih sayang antara satu sama lain sebagai wanita MIC. Saya mengucapkan terimakasih kepada semua wakil – wakil Wanita Kebangsaan dan wakil Wanita Negeri yang menghadirkan diri untuk turut menjayakan persidangan tahun 2019/2020 di semua bahagian MIC di seluruh Malaysia. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih kepada semua Ketua – ketua Bahagian yang memberi sokongan dan motivasi kepada wanita – wanita bahagian masing – masing.
Syabas Wanita MIC!

Seterusnya, Persidangan Perwakilan Wanita MIC Negeri akan berlangsung pada bulan September 2020 ini. Semoga semua Ketua – Ketua Wanita Negeri, Wanita Bahagian dan Wanita Cawangan serta ahli – ahli Wanita MIC akan terus menyumbang kepada kejayaan Persidangan Wanita MIC Negeri masing – masing dengan meriah dan gemilang. Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terimakasih dan Tahniah!!

Puan S. J. Usha Nandhini
Ketua Wanita MIC Kebangsaan

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment