MIC Women

தனித்து வாழும் தாய்மார்களுக்கு அரசாங்கம் வழங்கும் சிறப்பு நிதியுதவி திட்டத்திற்கு தற்போது JPW மகளிர் மேம்பாட்டு இலாகா அகப்பக்கத்தில் பதிந்து கொள்ளலாம். SKIM PENJANA: PERMOHONAN BANTUAN KHAS IBU TUNGGAL

1 Julai 2020, Kuala Lumpur: Berikutan insentif PENJANA Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT) RM300 secara one-off yang diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin, Ketua Wanita MIC Kebangsaan, YBhg Puan Usha Nandhini menyeru kepada para ibu – ibu tunggal yang bukan penerima bantuan JKM, untuk mengemukakan permohonan mereka ke Jabatan Pembangunan Wanita dengan kadar yang segera. Memandangkan tarikh pembayaran bantuan RM300 secara one-off bermula pada bulan Julai sehingga November 2020, maka para ibu-ibu tunggal yang memenuhi syarat kelayakan digalakkan untuk mendaftar permohonan samada secara Online atau Manual, disaran oleh Puan Usha.

Berikut adalah syarat- syarat kelayakan dan cara mendaftar permohonan Bantuan Khas Ibu Tunggal (BKIT).

3 KATEGORI IBU TUNGGAL (Berdasarkan pelan tindakan permerkasan ibu tunggal 2015-2020 KPWKM)

Wanita (Warganegara) yang menjadi Ketua Isi Rumah bagi kategori:
• Taraf perkahwinan balu atau bercerai / berpisah tetap dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama;
• Mempunyai suami (suaminya tidak sihat dan tidak berkemampuan untuk bekerja) dan mempunyai anak yang belum berkahwin dalam isi rumah yang sama; atau
• Tidak pernah berkahwin tetapi mempunyai anak (anak angkat atau anak tidak sah taraf)
SYARAT KELAYAKAN
• Penerima merupakan warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.
• Wanita yang menjadi Ketua Isi Rumah seperti tafsiran yang ditetapkan.
• Pendapatan isi rumah adalah di bawah Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK semasa) RM960 atau perkapita RM244.

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN (Perlu Pegesahan)
• Salinan MyKad
• Salinan Penyata Akaun tahun semasa
• Salinan Sijil Kahwin/Sijil Cerai/Sijil Kematian
• Salinan Sijil Kelahiran Anak yang belum berkahwin/MyKid/MyKadSijil Pengangkatan dari JPN
• Salinan Slip Gaji Terkini/Pengesahan Pendapatan daripada penghulu/Majikan
• Surat Akaun Doktor (Jika berkenaan)
• Surat Akaun Sumpah (Sekiranya dalam proses penceraian)
• Bil Utiliti
Para ibu tunggal boleh membuat permohonan secara online (log masuk) melalui pautan https://www.jpw.gov.my/permohonan-bantuan-ibu-tunggal/ dan isikan borang mengikut negeri pemohon masing-masing. Lampirkan dokumen mandatori dan sokongan sepertimana yang disenaraikan dalam permohonan. Pemohon juga boleh mengemukakan permohonan secara manual dimana borang (BKIT) yang telah diisi lengkap dan dokumen sokongan boleh dihantar terus ke Jabatan Pembangunan Wanita Negeri yang berdekatan. Borang manual boleh dimuat turun dari laman web Jabatan Pembangunan Wanita di https://www.jpw.gov.my/
Puan Usha juga ingn mengingatkan bahawa tempoh permohonan BKIT ini akan berakhir pada 31 Oktober 2020 dan bantuan khas RM300 akan dikreditkan terus ke dalam akaun penerima yang lulus permohonan mereka.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment