Kuala Lumpur, Oktober 30 – Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan telah mengucapkan terima kasih kepada kerajaan yang telah memberikan cuti tanpa rekod selama satu hari kepada pegawai perkhidmatan awan yang beragama Hindu bagi perayaan Hari Deepavali. Sejak tahun 2018, hari berikut selepas Hari Deepavali dijadikan cuti tambahan.
Menteri berharap, majikan swasta dapat memperhalusi dan mempertimbangkan langkah yang sama dengan memberikan tambahan cuti satu hari iaitu pada hari kedua perayaan Deepavali yang jatuh pada hari Jumaat pada tahun ini kepada pekerja mereka yang beragama Hindu.
“Ini memandangkan selepas hari kedua perayaan Deepavali adalah hujung minggu dan ini akan memberikan lebih masa kepada pekerja untuk diluangkan bersama keluarga sempena sambutan perayaan Deepavali.” Kata Datuk Seri M. Saravanan
Add Comment