- Mengikut keputusan sebulat suara Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat ( CWC) Malaysian Indian Congress ( MIC) yang telah diadakan pada 30-6-2023, parti MIC tidak akan bertanding di dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi negeri- negeri Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan. Keputusan ini telah dicapai selepas perbincangan selama lebih kurang 4 jam, setelah meneliti keadaan politik semasa dan mendengar pandangan setiap ahli CWC.
- Namun, MIC akan melaksanakan peranannya sebagai parti komponen Barisan Nasional (BN).
- Keputusan parti MIC telah pun dimaklumkan kepada YAB Perdana Menteri sebagai Pengerusi Kerajaan Perpaduan Madani.
- Saya juga ingin menarik perhatian kepada kenyataan YB Datuk Dato’ Seri Utama Haji Mohamad bin Hasan yang telah menyatakan bahawa keputusan muktamad telah pun dibuat mengenai pengagihan kerusi-kerusi untuk ditandingi pada PRN kelak, tetapi fakta ini tidak dibincang mahupun dipersetujui oleh Majlis Tertinggi Barisan Nasional ataupun parti MIC
- Keputusan parti MIC yang disebut di atas untuk tidak bertanding di PRN yang akan datang dibuat semata-mata untuk melindungi kepentingan parti MIC. Pada masa ini, parti MIC akan memberi lebih perhatian kepada proses untuk membina struktur parti yang lebih mantap bagi menghadapi PRU-16 kelak.
En. RT Rajasekaran
Setiausaha Agung MIC
5-7-2023
Add Comment