Mi-Voice MIC News

Bakti dan Perjuangan Parti MIC Tiada Penghujungnya.

Bakti dan perjuangan parti MIC terhadap pembangunan dan kesejahteraan kaum India di Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1946 sentiasa berterusan, tiada penghujungnya! Parti keramat yang berusia hampir lapan dekad ini mungkin dipinggirkan seketika oleh masyarakat, akibat lemparan fitnah, politik kebencian dan sebagainya. Tetapi MIC tidak pernah berganjak haluan dari menunaikan tanggungjawabnya kepada masyarakat. Berkhidmat kepada masyarakat sebagai anggota kerajaan, sebagai pembangkang dan sebagai anggota kerajaan tanpa jawatan, setiap senario dan kuasa politiknya memang berbeza. MIC telah dan sedang mengharungi setiap fasa tersebut, menerima realiti dan hakikat politik negara semasa.

Tetapi, agenda pemerkasaan komuniti yang dijulang MIC tetap menjadi keutamaan. Terbaru, MIC telah menyalurkan bantuan pengajian tinggi RM17.2 juta kepada pelajar berkeperluan melalui MIED. Kepimpinan inklusif Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan Timbalan Presiden Datuk Seri M. Saravanan di dalam mengemudi bahtera MIC ketika tempoh yang penuh mencabar ini sesungguhnya menjadi pemangkin semangat kepada akar umbi parti. Saya yakin, saya berharap akan tiba masanya parti MIC akan diterima kembali oleh masyarakat sepenuhnya. Perjuangan dan khidmat MIC akan sentiasa berterusan.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment