Mi-Voice MIC News

MIC Tambun nafi lebih 400 ahli keluar parti

TAMBUN – MIC Bahagian Tambun menafikan lebih 400 ahlinya menyertai PKR dan hanya segelintir sahaja keluar parti.

Bagaimanapun, Ketuanya, S Muniandy berkata, angka seperti didakwa PKR itu adalah tidak logik dan daripada pemerhatiannya pada majlis penyerahan borang keahlian PKR daripada bekas ahli MIC Bahagian Tambun malam ini mendapati tidak ramai ahli aktif yang beliau kenal.

“Saya tengok tadi, yang berdiri di belakang Datuk Seri Anwar Ibrahim kononnya ahli MIC Tambun tidak benar. Saya rasa mereka bukan pengundi di Tambun,” katanya kepada MalaysiaGazette, hari ini.

Beliau menyatakan demikian bagi mengulas dakwaan 480 ahli MIC Bahagian Tambun keluar parti dan menyertai PKR dalam satu majlis malam ini.

Menurut Muniandy, terdapat cawangan MIC yang dibubar yang mana ahlinya menyertai PKR namun cawangan tersebut disertai ahli keluarga ketua cawangan sahaja.

Tambah beliau, pihaknya akan menyiasat perkara itu. – MalaysiaGazette

https://malaysiagazette.com/2022/11/05/mic-tambun-nafi-lebih-400-ahli-keluar-parti/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment