Gelombang biru kuning membanjiri Stadium Axiata Bukit Jalil pada petang ini. Sambutan yang begitu hebat daripada anak muda dan kaum wanita dari seluruh Malaysia. Terbukti bahawa masyarakat India khususnya dari akar umbi ingin melihat MIC / Barisan Nasional mendapat kemenangan yang besar dalam PRU 15 yang akan datang.
Terima kasih kepada YAB Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob, Perdana Menteri Malaysia atas keprihatinan beliau terhadap kehendak masyarakat India melalui pengumuman beliau pada petang ini. Sekalung penghargaan juga kepada YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kerana terus mengangkat MIC sebagai parti utama masyarakat India di Malaysia! Menyanjung tinggi sokongan padu & dorongan yang diberi oleh TYT Tan Sri Dato’ Sri Dr SA Vigneswaran, Presiden MIC serta YB Datuk Seri M.Saravanan, Timbalan Presiden MIC merangkap Menteri Sumber Manusia & Kepimpinan Tertinggi MIC sepanjang tempoh persiapan hingga hari pelancaran. Pelancaran Briged MIC hari ini akan menyediakan satu platform kepada anak muda supaya lebih aktif dan dapat menyumbang kepada pembangunan negara.
Add Comment