MIC Putera MIC Puteri

Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu; Puteri & Putera MIC bersama YAB Perdana Menteri anjuran Dewan Bahasa & Pustaka

Pagi ini YAB Perdana Menteri Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob bersama Dato Dr. S. Ananthan, Setiausaha Politik YAB PM dan kepimpinan Puteri MIC & Putera MIC telah menghadiri Simposium Pengantarabangsaan Bahasa Melayu selaras dengan usaha kerajaan Malaysia memartabatkan Bahasa Melayu sebagai Bahasa ASEAN dan Bahasa Antarabangsa.

Turut hadir bersama YB Datuk Indera Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Kewangan I; Prof. Datuk Seri Dr. Haji Awang Sariyan
Pengerusi Lembaga Pengelola, Dewan Bahasa & Pustaka; Prof. Datuk Dr. Raduan Che Rose, Presiden Majlis Profesor Negara & Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff, Naib Canselor UPSI.

TSV #KA #SR

TeamPuteraMIC #TeamPuteriMIC

TeamTSV

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment