Mi-Voice MIC News

KEJOHANAN BOLA SEPAK PIALA TYT TAN SRI DATO’ SRI SA VIGNESWARAN

Perlawanan Bolak Sepak Piala TYT Tan Sri bermula dengan penuh meriah. Sebanyak 56 pasukan dari Negeri Selangor sedang berlangsung di Stadium Mini MASHA University, Saujana Putra, Selangor.

YB. Datuk Seri Saravanan, Menteri Sumber Manusia, merangkap Timbalan Presiden MIC dengan megahnya merasmikan Perlawanan ini. YB Datuk Seri dalam ucapannya menyatakan MIC sentiasa giat aktif dalam mengintergrasikan pemuda dalam permainan bola sepak.

Menurut beliau Persatuan India Malaysia (MIFA) adalah satu realiti usaha MIC dalam pembangunan sukan ini di kalangan belia Malaysia.

Datuk T. Mohan, Naib Presiden MIC dan mantan Pengerusi Persatuan India Malaysia (MIFA) turut bersama.

Professor Tan Sri Datuk Dr. Haji Mohammed Haniffa bin Haji Abdullah, Pengasas dan Pengerusi Eksekutif MASHA Universiti, Naib-naib Presiden MIC dan Pengerusi Jawatankuasa Pengajur Piala, En. L. Sivasubramaniam, Ahli Jawatankuasa Pusat MIC turut bersama.