YB Datuk Seri M.Saravanan Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC bersama YB Senator Datuk T. Mohan, Naib Presiden MIC telah melawat Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Bandar Segamat dan mendapat pencerahan dari pihak pengurusan sekolah mengenai keperluan bagi memastikan persekitaran yang kondusif buat proses pengajaran dan pembelajaran menjelang sesi persekolahan baru 2022/23.
Terdapat beberapa kerosakan infrastruktur seperti kerosakan bumbung dan keperluan meja dan kerusi di premis sekolah berkenaan. Beliau akan mengusahakan kerja-kerja pembaikpulihan kerosakan berkenaan dengan kadar segera.
Add Comment