Mi-Voice MIC News

Persidangan Dewan Rakyat

Dalam sesi Persidangan Dewan Rakyat, YB Datuk Seri M.Saravanan telah menjawab soalan daripada Tuan Kesavan Parlimen Sungai Siput berkenaan visi dan dasar baharu Kerajaan Keluarga malaysia dalam latihan dan pembangunan.

Seperti yang telah beliau tegaskan didalam dewan, Modal insan merupakan pelaburan terpenting bagi pembangunan sesebuah negara. Ia juga merupakan teras kepada inovasi dan ekonomi berpendapatan tinggi yang produktif. Pelbagai inisiatif sedang giat dijalankan sekarang oleh KSM, antaranya Skim Latihan Dual Nasional dan program persijilan industri yang memperuntukan RM 200 juta, aktiviti peningkatan kemahiran dan kemahiran semula yang menyediakan sebanyak 651,812 tempat latihan serta pelbagai program di sediakan.

Beliau yakin dan pasti bahawa inisiatif ini dapat membantu belia dan para pekerja menghadapi Revolusi Industri 4.0.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment