YB Datuk Seri M.Saravanan Menteri Sumber Manusia merangkap Timbalan Presiden MIC bersama YB Senator Datuk T.Mohan, Naib Presiden MIC telah melawat Kuil Maha Mariamman, Ladang Segamat di atas pelawaan pihak pengurusan kuil. Selain menjadi tempat ibadah, kuil ini juga berfungsi sebagai pusat aktiviti sosial dan kemasyarakatan bagi penduduk tempatan.
Pihak pengurusan kuil telah mengenengahkan beberapa keperluan seperti pembinaan dewan serbaguna yang masih belum lengkap. Semoga kerja-kerja berkenaan dapat kita bantu dan permudahkan.
Add Comment