Mi-Voice MIC News

Masyarakat Cina di kawasan Pasir Bedamar bersama YBhg Dato’ T.Murugiah

YBhg Dato’ T. Murugiah Naib Presiden MIC merangkap Penyelaras Parlimen P076 Teluk Intan sempat meluangkan masa untuk beramah mesra bersama masyarakat Cina di kawasan Pasir Bedamar. Beliau juga telah menghiasi kediaman rumah mereka dan memberi sedikit angpau sempena Sambutan Tahun Baru Cina yang akan disambut tidak lama lagi.

Hiasan tanglung berwarna merah yang pelbagai saiz dan bentuk sering memenuhi kawasan kediaman masyarakat Cina. Ini menunjukkan perayaan itu akan disambut dengan cukup meriah. Hiasan dalaman rumah dan tanglung-tanglung serta birai pintu rumah juga akan diwarnai dengan warna merah bagi menyambut ketibaan tetamu. Hiasan bunga-bunga juga berona merah mewujudkan semangat keceriaan yang padu dan harmoni.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment