YBhg Tan Sri Dato’ Sri Dr SA Vigneswaran, Presiden MIC merangkap Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India dan Asia Selatan, Jabatan Perdana Menteri telah mengetuai delegasi kepimpinan MIC untuk mengadakan perjumpaan bersama Pengerusi Barisan Nasional, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan kepimpinan Barisan Nasional. YBhg Tan Sri Dato Sri Dr SA Vigneswaran dan YB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi telah membincangkan isu-isu semasa dan usaha-usaha untuk mengeratkan lagi hubungan antara parti-parti komponen. Dalam perjumpaan tersebut turut diraikan Sambutan Ulang Tahun Kelahiran Pengerusi BN, YB Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.
Add Comment