Mi-Voice MIC News

MIC tetap bersama Barisan Nasional – Saravanan

IPOH: Walaupun ada ketika berbeza pandangan dengan UMNO, namun, MIC tidak pernah bermusuh dengan rakan-rakan dan akan sentiasa bersama dalam Barisan Nasional (BN).

Bahkan, MIC juga tidak pernah lari walaupun BN tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

Menurut Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M. Saravanan, perbezaan pendapat tidak bermakna mereka tidak bersama dalam BN.

Tegas beliau, berselisih pendapat merupakan perkara lumrah kepada setiap orang termasuk dalam kalangan suami isteri juga sering berbeza pandangan.

“Di antara suami isteri pun ada pandangan berbeza, apatah lagi di antara parti-parti politik. Kita memang ada pandangan berbeza tetapi hubungan di antara UMNO, MIC dan MCA kekal bersama.

“(Ini adalah kerana) ketiga-tiga parti ini bukan ditubuhkan atas ekspresi individu tapi lebih kepada sebagai satu perjuangan daripada sebelum kemerdekaan.

“Sebab itu apabila 2018, BN kalah, semua parti lari, yang tinggal tu MIC, MCA dan UMNO saja,” kata Saravanan. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) kepada E Philomena di sini, pada Jumaat.

Philomena merupakan balu pengawal keselamatan, S Thavasagayam, 64, yang meninggal dunia pada 27 Ogos lalu selepas lapan bulan dirawat akibat diserang ketika bertugas di kolam renang sebuah kondominium di sini, pada Disember 2020.

Turut hadir, Ketua Eksekutif Perkeso Datuk Seri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/mic-tetap-bersama-barisan-nasional-saravanan-317638

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment