KUALA LUMPUR, Feb 3: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan di dalam catatan Facebook beliau sebentar tadi mendorong anak-anak muda agar terus mengejar rezeki pendapatan yang sah demi kelangsungan ekonomi dan kehidupan tatkala berhadapan dengan cabaran penularan pandemik Covid-19 ketika ini.
“Petang tadi saya sempat singgah ke Leboh Ampang dan menikmati teh masala yang dijual oleh seorang belia bernama Arvind Ratna Kumar yang berusia 24 tahun, pelajar Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Pahang pada tahun 2016.”
“Ketika negara berdepan dengan wabak pandemik COVID-19 ini, hasil jualan teh masala anak muda ini boleh mencecah sehingga RM300 sehari.”
“Bayangkan selepas berakhirnya wabak COVID-19, hasil jualan Arvind pastinya lebih banyak,” kata Saravanan.
“Bagi para belia di luar sana, contohilah sikap dan semangat yang ditunjukkan Arvind dalam mencari rezeki,” tambah beliau lagi. – The Sentral
https://www.thesentral.my/2021/02/03/menteri-sumber-manusia-saran-belia-kejar-rezeki-pendapatan-sah/
Add Comment