Pertumbuhan ekonomi negara turut menerima impak selain daripada tahap kesihatan masyarakat sejak penularan wabak pandemik COVID-19. Para pemain industri diseru oleh Kementerian Sumber Manusia untuk memberikan komitmen dan kerjasama ke pada kerajaan untuk bersamasama berusaha memutuskan rantaian penularan wabak COVID-19.
” KSM berharap agar syarikat-syarikat besar di dalam negara terutamanya dapat tampil membantu Kerajaan menjayakan proses saringan COVID-19 dan vaksinasi yang sedang dan akan dilaksanakan.” kata Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia Malaysia.
Menteri berkata ini susulan berlakunya peningkatan kes COVID-19 baru-baru ini termasuk kluster-kluster berkaitan tempat kerja yang semakin membimbangkan. Kementerian Sumber Manusia berharap agar syarikat-syarikat besar di dalam negara terutamanya dapat tampil membantu Kerajaan menjayakan proses saringan COVID-19 dan vaksinasi
yang sedang dan akan dilaksanakan.
Langkah ini dijangka dapat membantu negara menguruskan ekonomi dengan lebih baik selain membantu pemain industri yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Add Comment