Mi-Voice MIC News

Misi bantuan bencana KSM santuni mangsa banjir Johor

MERSING, Jan 10: Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan hari ini mengemudi Misi Bantuan Kementerian Sumber Manusia (KSM) menyalurkan bantuan kepada mangsa banjir di negeri Johor.

Saravanan bersama pegawai kementerian serta agensi di bawah KSM telah melawat bangsa banjir di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Politeknik Mersing, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Air Tawar, PPS SK Labong, PPS SK Bandar Endau dan PPS SK Teriang.

“Saya amat sayu melihat nasib mangsa yang terkesan akibat musibah banjir. Semoga mereka tabah dan cekal hadapi cabaran ini. Diharapkan bantuan yang disampaikan dapat meringankan beban mereka,” kata Saravanan selepas majlis penyampaian bantuan berkenaan.

Saravanan turut menyampaikan penghargaan beliau kepada semua agensi kerajaan serta entiti swasta yang terlibat di dalam operasi membantu mangsa banjir.

“Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak terlibat di dalam menyantuni keperluan mangsa banjir, antaranya ADUN Endau Hajah Alwiyah binti Talib, ADUN Tenggaroh Raven Kumar, Jawatankuasa Perhubungan KSM Peringkat Negeri Johor, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Pengairan dan Saliran, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),Pejabat Daerah Mersing dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.”

“KSM akan meneruskan misi bantuan bencana bagi membantu mereka yang terkesan di negeri-negeri lain,” kata Saravanan lagi.

Misi bantuan bencana KSM santuni mangsa banjir Johor

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment