Mi-Voice MIC News

Laksanakan tindakan PKP di negeri Sabah dan Kedah, Naib Presiden MIC gesa Kerajaan

KUALA LUMPUR, Okt 4: Naib Presiden MIC Kebangsaan, Datuk T. Murugiah hari ini menyaran kerajaan agar mempertimbangkan tindakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) komperehensif bagi negeri Sabah dan Kedah, dan memperketakan pergerakan rakyat di negeri-negeri lain bagi mengawal dan membendung penularan Covid-19 gelombang ketiga di Malaysia.

“Angka kes baru Covid-19 di Malaysia sejak kebelakangan ini amatlah membimbangkan. Semalam sahaja 317 kes baru, rekod harian tertinggi dilaporkan di Malaysia. Walaupun kerajaan menjamin bahawa keadaan masih terkawal dengan langkah-langkah sedia ada, kita tidak boleh alpa.”

“Kes baru Covid-19 bukan sahaja dicatatkan di negeri Sabah dan Kedah, malah hampir di kesemua negeri. Wujud kluster baru saban hari. Selain Sabah dan Kedah, angka kes baru di negeri Selangor juga makin meningkat dengan 32 kes semalam. Tiba masanya buat kerajaan bagi melaksanakan SOP kawalan pergerakan rakyat yang lebih ketat di seluruh negara,” kata Datuk T. Murugiah.

Datuk T. Murugiah mencadangkan agar kerajaan mewajibkan kurantin wajib bagi mereka yang pulang dari negeri Sabah di pusat kuarantin khas.

“Masih wujud risiko bagi penyebaran Covid-19 dari mereka yang positif dan menjalani kuarantin di rumah. Laksanakanlah kuarantin wajib bagi mereka. Saya syorkan agar PKP dilaksanakan di seluruh negeri Sabah dan Kedah, bukan hanya di zon merah yang dikenalpasti.”

“Perhimpunan dan persidangan yang boleh ditangguh perlulah ditangguhkan sehingga keadaan pulih kembali sepenuhnya. Saya risau melihat ramai yang tidak mengendahkan penjarakan sosial di tampat awam seperti pasar, pasaraya, warung dan restoren. Tiba masanya pihak berkuasa lebih bertegas mengambil tindakan.”

“Langkah PKP sepenuhnya bagi seluruh negara sudah pasti memudaratkan ekonomi negara. Menjadi tanggungjawab bersama kita sebagai rakyat Malaysia bagi menjaga kesejahteraan kita semua. Jangan keluar rumah tanpa keperluan. Sedarilah segala pengorbanan barisan hadapan negara demi keselamatan kita,” tambah Datuk T. Murugiah lagi.

https://www.thesentral.my/2020/10/04/laksanakan-tindakan-pkp-di-negeri-sabah-dan-kedah-naib-presiden-mic-gesa-kerajaan/

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment