MIC Women

Bantuan COVID-19 – Pn.Usha Nandhini Jayaram, Ketua Wanita MIC Kebangsaan

Sumbangan barang keperluan asas kepada 20 keluarga Melayu yang kurang berkemampuan dari kawasan Taman Subang Baru sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan disampaikan oleh Ybhg Pn. Usha Nandhini Jayaram selaku Ketua Wanita MIC Kebangsaan merangkap Penyelaras Parlimen Sungai Buloh bersama Tuan N.Saundarasan, Ketua MIC Bahagian Sungai Buloh. Turut hadir bersama Setiausaha Bahagian MIC En. Devaraj, Ketua Cawangan En. Veeraih, En. Athiramasamy, En. L. Chandran, En. Muthusamy, En. Ravindran Patrose dan Ketua Wanita Bahagian Pn.Desamah.

Turut memberi sumbangan bungkusan makanan dari Som Catering (Puan Sharina Mustapha) kepada keluarga tersebut.

Mengucapkan terima kasih kepada En. Fauzi dan AJK – AJK KRT Taman Subang baru untuk mengaturkan program bantuan ini di Dewan KRT Taman Subang Baru.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment