MIC News MIC Youth

Rumah Terbuka Deepavali Cameron Highlands meriah, MIC sedia bertanding PRU15

TANAH RATA, Dis 20: Rumah Terbuka Deepavali MIC Cameron Highlands hari ini menyaksikan lebih 2500 orang masyarakat setempat hadir menceriakan majlis tersebut, sekaligus membuktikan mereka sedia menerima calon MIC mewakili mereka di dalam Pilihan Raya Umum Ke-15.

“Hari ini mencatat sejarah. Sejak tahun 2004, Cameron Highlands ditandingi MIC mewakili BN. Namun, atas semangat konsensus BN, wakil masyarakat orang asal telah diberi mandat di dalam Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands awal tahun ini. Kehadiran ribuan masyarakat, termasuk Melayu, India, Cina dan Orang Asli yang memberi sokongan padu pada hari ini jelas membuktikan keyakinan dan harapan rakyat terhadap Barisan Nasional serta MIC,” kata Thinalan Rajagopalu, Ketua Pemuda Pergerakan Pemuda MIC Kebangsaan.

Sebahagian daripada hadirin majlis

“Jentera MIC akan terus mempertingkatkan gerak kerjanya bagi memastikan Cameron Highlands kekal bersama BN dan kembali kepada MIC di dalam PRU15 di bawah bimbingan Presiden MIC Tan Sri SA Vigneswaran dan Menteri Besar Pahang Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail,” tambah Thinalan yang juga Penyelaras MIC Parlimen Cameron Highlands.

Pengerusi MIC Negeri Pahang, V. Arumugam yang mewakili Menteri Besar Negeri Pahang di dalam ucapannya berkata beliau amat terharu dan bangga dengan semangat muhibah dan keharmonian yang dipamerkan oleh masyarakat setempat.

“Inilah simbolik konsep ‘Muafakat Nasional’ yang kita perjuangkan, ianya di luar batasan kaum dan agama. Sambutan masyarakat di majlis hari ini bagai pengiktirafan terhadap khidmat Barisan Nasional, khasnya MIC,” tambah Arumugam lagi.

V. Arumugam, Pengerusi MIC Negeri Pahang

Arumugam juga menyatakan bahawa MIC kini di landasan yang betul di bawah kewibawaan kepimpinan Tan Sri SA Vigneswaran.

Setelah sekian lama diwar-warkan bahawa masyarakat India, khasnya di Cameron Highlands tidak menyokong BN mahupun MIC, sambutan luarbiasa mereka pada hari ini bagai menyangkal kenyataan tersebut. Inilah himpunan masyarakat India yang paling ramai pernah disaksikan di Cameron Highlands.

Majlis Sambutan Deepavali Cameron Highlands diceriakan lagi dengan kehadiran pemimpin parti komponen BN serta ketua komuniti setempat. – The Sentral by Vasudevan Krishnasamy

About the author

TheVoice

Add Comment

Click here to post a comment