Mi-Voice MIC News

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA YAB MENTERI BESAR

10.08.2026 – YBhg Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC bersama YB Datuk Seri M. Saravanan, Timbalan Presiden MIC telah mengadakan kunjungan hormat kepada YAB Dato’ Hj. Ismail Bin Lasim, Menteri Besar Negeri Sembilan.

Pertemuan tersebut memberi tumpuan kepada usaha memperkukuh kebajikan serta memperkasa pembangunan sosioekonomi masyarakat India di Negeri Sembilan.

Kerajaan Negeri turut menyatakan kesediaan untuk terus menyokong aspirasi dan keperluan komuniti India, selaras dengan komitmen memastikan pembangunan negeri dapat dinikmati secara inklusif tanpa ada mana-mana golongan yang terpinggir.

#INFOMIC #MICNews #MICCares #MICLeads #NegeriSembilan