Sdr Andrew David, Pengerusi Biro Sukan MIC Kebangsaan.telah mempengerusikan Mesyuarat Biro Sukan MIC Kebangsaan Bil.1/2024 dengan jayanya di 3 Brown Boys Event House, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh Ketua-Ketua Biro Sukan Negeri, Wakil Sayap serta Jawatankuasa Pusat.
Antara inti pati Mesyuarat pertama ini adalah menetapkan Misi dan Visi serta peranan Biro Sukan. Sdr Andrew David juga telah membentangkan 7 teras Biro Sukan MIC. Antaranya; Klinik Sukan,
Siri Kejohanan Sukan, Penerbitan eBuletin Bulanan, Anugerah Sukan, Memperkenalkan Juru Cakap Sukan, Kemudahan Hab Sukan serta jalinan Pintar bersama Agensi Kerajaan, Koprat serta NGO.
Kesemua gerak kerja ini akan dibentangkan kepada YBhg. Tan Sri Dato‘ Sri SA Vigneswaran (Presiden MIC) untuk mendapatkan pandangan dan restu beliau.
Dalam mesyuarat yang sama, 3 pembentangan cadangan program telah disampaikan oleh Sdr. DUKE Krishnan (Atlit Pro Ragbi), Sdr. Gary yang telah mencadangkan Sukan ‘Treasure Hunt‘ serta Sdr.Balamuraly tampil dengan Cadangan Kejohanan Bola Sepak Piala Presiden.
Mesyuarat ini juga turut diserikan dengan kehadiran YBhg Datuk RT. Rajasekaran (Setiausaha Agung MIC), Tuan Thinalan Dato‘ T. Rajagopalu (Ketua Penerangan MIC Kebangsaan) dan En. Gunaseelan (Setiausaha Eksekutif MIC).
Add Comment