YBhg Tan Sri Vigneswaran Sanasee , Presiden MIC telah menghadiri Majlis Memperingati Peristiwa Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di Melaka pada 20 Febuari 1956 di Perkarangan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir yang disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Anwar Bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.
Lakaran semula detik bersejarah Malaysia menghimbau kembali perjuangan kemerdekaan di mana rombongan yang diketuai Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj termasuk Tun V.T. Sambanthan selaku Presiden MIC berjaya memanfaatkan Rundingan Kemerdekaan di London.
Add Comment