MIC Putera

Ketua Putera MIC Kebangsaan telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Persatuan Okinawan Shorin Ryu Seibukan Karate Do Antarabangsa

Dr. Kishva Ambigapathy, Ketua Putera MIC Kebangsaan telah menyerahkan Jalur Gemilang kepada Kontinjen Persatuan Okinawan Shorin Ryu Seibukan Karate Do Antarabangsa yang juga daripada Sayap Puteri & Putera MIC. Mereka akan bertanding di Pertandingan Karate Antarabangsa di Lyon, Perancis hujung minggu ini. Turut bertanding dalam Pertandingan tersebut adalah Saudara Mugeshwaran, Ketua Putera MIC Wilayah Persekutuan.

Terima kasih diucapkan kepada YBhg. Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran yang telah memberikan kata-kata semangat dan atas sumbangan kos pertandingan. Sekalung penghargaan juga kepada pemimpin-pemimpin MIC & MIC Wilayah Persekutuan yang sentiasa memberi sokongan kepada pasukan ini. Mereka beriltizam untuk menyumbang pingat dalam pertandingan ini.

#TSV #KA #SR
#TeamPuteriMIC #TeamPuteraMIC #TeamTSVKA