Mi-Voice MIC News

YB Senator Datuk T.Mohan hadir ke Program Keusahawanan & e-business Eksekutif Wanita

Para usahawan wanita yang sedang berniaga dengan pelbagai produk dan perkidmatan seperti minuman kesihatan tradisi tanpa bahan pengawet, pewangi, kecantikan, perkhidmatan keselamatan (security), penternakan lebah madu, penternakan serta penghasilan saree perkahwinan khas mengikut permintaan telah diberi panduan dan latihan dalam aspek pemasaran atas talian (online) dan sesi perkongsian bersama role model seperti pemilik India Gate, En. Saravana dan sebagainya.

YB Senator Datuk T. Mohan turut mengkongsikan cabaran perniagaan dan pengalaman beliau dalam merentasi dan menjadi seorang peniaga yang sukses dari seorang anak pemandu taxi.

Halangan atau kekalahan adalah norma perniagaan dan YB Senator Datuk meminta wanita bergaul dengan peniaga-peniaga lain untuk mengenali jejak perniagaan dan adaptasi corak fikiran seorang peniaga.

Beliau juga menasihati semua wanita untuk fokus kepada produk pelbagai kaum yang mempunyai kuasa pembelian yang tinggi serta meminta untuk menggunakan media sosial seperti tiktok & pelbagai platform secara atas talian untuk mendekati pelanggan.

Pada akhir program semua pelatih dihargai dengan sijil penyertaan. YB Senator Datuk T. Mohan juga mengucapkan tahniah dan syabas kepada kesemua usahawan wanita dan Pn. Kavitha Pengerusi, ‘Malaysian Associated Indian Chember Women Entrepreneur’.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment