Mi-Voice MIC News

PRESIDEN MIC TELAH MENERIMA PELAWAT DARI SEGENAP MASYARAKAT DI IBU PEJABAT MIC

Berikutan peralihan ke fasa endemik, TYT Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC merangkap Utusan Khas YAB Perdana Menteri ke India dan Asia Selatan telah mula menerima pelawat dari segenap masyarakat di Ibu Pejabat MIC pada hari ini.

TYT Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran terus tumpu pada pengurusan hal ehwal parti dan khidmat komuniti disamping menerima kujungan dari pihak pengurusan beberapa kuil dan NGO untuk menjemput beliau ke upacara sembahyang dan aktiviti mereka, lawatan beberapa bekas pimpinan akar umbi DAP dan Gerakan dari Johor dan Kedah yang datang menyatakan hajat mereka untuk menyertai MIC dan beberapa pelajar universiti yang datang memohon bantuan pendidikan.

TYT Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran sebenarnya amat gembira dapat bertemu dengan “stakeholders” diperingkat akar umbi. Mereka berkomited untuk terus membantu masyarakat dan negara. MIC dibawah kepimpinan TYT Tan Sri Dato Sri SA Vigneswaran akan terus mendukung dan menyokong usaha mereka untuk kebaikan bersama masyarakat dan negara disamping bantu untuk memenuhi keperluan mereka dengan sewajarnya dari semasa ke semasa.

About the author

Editor

Add Comment

Click here to post a comment