YBhg Dato’ T.Murugiah, Naib Presiden MIC mewakili Presiden MIC telah merasmikan Persidangan Perwakilan MIC Negeri Perlis Yang Ke – 80 di Hotel Ant, Perlis.
Beliau telah menyampaikan amanat Presiden MIC agar kepimpinan akar umbi terus memperkukuh perpaduan, memperjuangkan nasib masyarakat India serta kekal setia sebagai tulang belakang kepada kestabilan dan masa depan parti.
Beliau turut menyeru seluruh ahli di peringkat negeri agar terus istiqamah meneruskan agenda pembangunan parti serta sentiasa turun padang mendampingi rakyat demi kecemerlangan bersama.
Tahniah kepada Encik Selva, Pengerusi MIC Negeri Perlis serta seluruh barisan kepimpinan atas kejayaan menganjurkan Persidangan Perwakilan Negeri Kedah dengan jayanya.
Turut hadir bersama Barisan Kepimpinan Tertinggi MIC Pusat.


















