Syukur dan penuh keinsafan di bulan penuh keberkatan ini. Hari ini, YBhg Tan Sri Dato’ Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC telah menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama masyarakat India Muslim, satu komuniti yang telah menjadi nadi penting dalam sejarah dan kemajuan negara kita.
MIC sentiasa komited dalam memastikan suara dan kepentingan masyarakat India Muslim terus terbela serta mendapat peluang yang adil dalam arus pembangunan negara.
Majlis ini bukan sekadar berbuka puasa, tetapi satu simbol perpaduan, keharmonian, dan semangat kekeluargaan yang terus kukuh. Beliau amat menghargai setiap perbualan dan pandangan yang dikongsi, kerana pemimpin sejati harus sentiasa mendengar dan memahami keperluan rakyatnya.
Semoga bulan Ramadan ini membawa keberkatan kepada kita semua, mempereratkan ukhwah dan silaturahim yang terjalin, serta menguatkan semangat perjuangan kita demi masa depan yang lebih gemilang untuk semua.
Majlis turut disertai YB Datuk Seri M.Saravanan, Timbalan Presiden MIC, barisan kepimpinan tertinggi MIC serta Pengerusi-pengerusi NGO India Muslim.









