Mi-Voice MIC News MIC Putera MIC Puteri MIC Women MIC Youth

Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional

YB Datuk Seri M.Saravanan, Timbalan Presiden MIC merangkap Ahli Parlimen Tapah mewakili YBhg Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC telah memberi ucapan dalam Majlis Sambutan Ulang Tahun Jubli Emas Barisan Nasional.

Kemajuan yang kita lihat hari ini adalah hasil daripada komitmen penuh kerajaan Barisan Nasional pada masa itu, terhadap keadilan sosial, keterangkuman dan perpaduan serta pegangan kita kepada kedaulatan undang-undang.

Justeru itu, baik sekiranya semua kepimpinan, ahli dan penyokong Barisan Nasional dapat menyelami, memahami kebaktian serta sejarah pengorbanan pejuang dan perjuangan awal kita bersama.

Kita dari dulu, kini dan untuk selama–lamanya, sebagai warga Barisan Nasional, kita harus berpegang teguh kepada Rukun Negara dan Perlembagan Negara. Sesungguhnya harapan saya, keadaan ini hendaklah dikekalkan sepanjang masa demi kemakmuran dan kesejahteraan generasi yang akan datang.