Mi-Voice MIC News

Konvensyen Perwakilan MIC Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ke – 78

YBhg Datuk Seri M. Saravanan, Timbalan Presiden MIC telah merasmikan Konvensyen Perwakilan MIC Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang ke – 78 di Dewan Netaji, Bangunan MIC pada hari ini.

Tahniah kepada YBhg Datuk Rajah Symon, Pengerusi MIC Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang telah berjaya menganjurkan Konvensyen tersebut bersama barisan jawatankuasa beliau.

Turut hadir bersama YBhg Datuk M.Asojan, Naib Presiden MIC, YBhg Dato’ T.Murugiah, Naib Presiden MIC, YBhg Senator Dato’ Dr R.Nelson, Naib Presiden MIC merangkap Ahli Dewan Negara, YBhg Dato Dr S.Ananthan, Setiausaha Agung MIC, YBhg Tan Sri Ramasamy, Bendahari Agung MIC merangkap Pengerusi MIC Negeri Perak, YBhg Tuan Thinalan, Ketua Penerangan MIC, YBhg Dato Muniandy, Setiausaha Organisasi MIC, YBhg Datuk Dr A.T.Kumararajah, Setiausaha Eksekutif MIC, Dr Tanaletchumy, Timbalan Ketua Wanita MIC Kebangsaan, Saudara Arvind Krishnan, Ketua Pemuda MIC Kebangsaan, Saudara Satesh Kumar, Ketua Putera MIC Kebangsaan, Saudari Teeba, Ketua Puteri MIC Kebangsaan serta Barisan Kepimpinan MIC Pusat & Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.