Mi-Voice MIC News

Kerja kuat untuk perkukuh legasi MIC – M. Saravanan

KUALA LUMPUR 28 Dis. – Timbalan Presiden MIC, Datuk Seri M.Saravanan menyeru para pemimpin MIC terus berkerja kuat bagi memperkukuhkan legasi parti itu sekaligus mengembalikan kepercayaan masyarakat India.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tapah berkata, mereka yang dangkal ilmu sejarah politik masyarakat India tidak layak menjadi pemimpin.

“Pemimpin harus mempunyai kefahaman tentang sejarah asal usul masyarakat, sosio budaya dan iklim politik semasa, supaya dapat berfokus kepada perjuangan membela masyarakat.


“MIC perlu menambat dan menyakinkan kembali masyarakat India dan rakyat keseluruhan demi meneruskan perjuangan parti.

“Saya bersama Presiden Parti Tan Sri SA Vigneswaran sedang merancang strategi gerak kerja yang lebih padu dan tersusun untuk menguatkan kembali parti keramat masyarakat India- MIC.

“Kita perlu sedar MIC bukan lagi kuat seperti dulu, jadi gerakan memperkuatkan sayap-sayap MIC perlu dibuat dari sekarang,” katanya.

Datuk Seri M.Saravanan berucap dalam Majlis Makan Malam anjuran sayap Wanita MIC Wilayah Persekutuan di sini malan tadi.

Menurutnya, MIC adalah parti yang lengkap strukturnya.

“Masyarakat India perlu bersatu tanpa mengira fahaman politik demi keutuhan bangsa. Penyatuan bangsa ialah perkara asas bagi memastikan kelangsungan kemakmuran. Masyarakat India akan terus maju jika bersama bersatu hati sesama kita,” tegasnya. — Xklusif

https://xklusif.my/kerja-kuat-untuk-perkukuh-legasi-mic-m-saravanan/