Saya difahamkan bahawa lagu “Kadavul Valthu” dan “Tamil Valthu” tidak dibenarkan untuk dinyanyikan pada “Karnival Bahasa Tamil Peringkat Kebangsaan” yang diadakan di Kepala Batas pada 23 November 2023.
Lagu “Kadaval Valthu” dan “Tamil Valthu” merupakan sejenis lagu traditional yang dinyanyikan sejak turun temurun yang akan dinyanyikan di program – program di sekolah – sekolah Tamil. Isi atau lirik lagu ini tidak menjurus kepada dewa atau tuhan dan lebih kepada kesusasteraan Bahasa Tamil.
Tidak pernah ada isu atau sebarang bentuk halangan bagi warga – warga sekolah menyanyikan lagu ini selepas lagu Negaraku dan Negeri.
Memandangkan program Karnival Bahasa Tamil ini mensasarkan pelajar dan warga pendidik dari SJKT – SJKT dan pelajar – pelajar India dari Sekolah Menengah, seharusnya nyayian lagu “Kadaval Valthu” dan “Tamil Valthu” ini tidak dihalang atau disekat.
Saya juga telah dimaklumkan bahawa sepanduk asal yang memaparkan gambar penyair dan ahli falsafah terulung, Thiruvalluvar, turut tidak diberi kebenaran untuk digunakan.
Thiruvalluvar atau lebih dikenali sebagai Valluvar, terkenal sebagai pengarang “Tirukkural”. Karya – karya beliau banyak menyentuh hal politik, ekonomi, serta cinta dan dianggap sebagai karya kesusasteraan Tamil yang luar biasa dan dihargai secara meluas di seluruh pelusuk dunia.
Kementerian Pendidikan sewajarnya mempehalusi dengan mendalam sebelum melaksanakan peraturan – peraturan baru yang tidak dipraktikkan sebelum ini. Menteri Pendidikan harus bertanggungjawab terhadap kekusutan ini yang jelas menafikan hak dan tradisi pelajar – pelajar India daripada menyanyikan lagu “Kadaval Valthu” dan “Tamil Valthu” serta penggunaan gambar seorang penyair yang termasyhur.
Add Comment