Selesai sahaja urusan di Ibu Pejabat MIC, YBhg Tan Sri SA Vigneswaran, Presiden MIC bersama YB Datuk Seri M.Saravanan, Ahli Parlimen Tapah merangkap Timbalan Presiden MIC, YBhg Datuk T.Mohan, Naib Presiden MIC, YBhg Datuk R.T.Rajasekaran, Setiausaha Agung MIC hadir ke Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat Makkal Sakthi di Menara UMNO.
Kerjasama ini akan melakar laluan baharu untuk menyatupadukan & menangani isu – isu masyarakat India di Malaysia serta boleh menguatkan lagi BN di peringkat akar umbi. Terima Kasih kepada YBhg Datuk Seri R.S.Thanenthiran, Presiden Parti Makkal Sakthi atas jemputan.
YBhg Tan Sri Presiden juga berkata berbincang sedalam-dalamnya dan berpendapat bahawa satu sekretariat harus ditubuhkan. Ia bagi memastikan kedua-dua parti ini dapat bekerjasama dari akar umbi, bahagian, negeri dan pusat.
Add Comment