Sejurus selepas mesyuarat Barisan Nasional, YB Datuk Seri M.Saravanan, Ahli Parlimen Tapah merangkap Timbalan Presiden MIC telah hadir & meneliti Pembentangan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (2021 – 2025).
Dalam pembentangan tersebut, tiga tumpuan utama rancangan yang disebut ialah Memperkukuh Kemampanan, Membangunkan Masyarakat Sejahtera, dan Menuju Negara Berpendapatan Tinggi dengan 17 anjakan dan 71 inisiatif utama berdasarkan prinsip Ekonomi #MADANI.
Turut hadir bersama YB Senator Dato’ Dr R.Nelson, Ahli Dewan Negara merangkap Ketua Biro Pendidikan MIC Kebangsaan & YB Senator Tan Sri Datuk Dr Mohamed Hanniffa, Ahli Dewan Negara.






Add Comment